Tempat: Hotel Permai, Kuala Terenggau.
Jabatan Pelajaran Kelantan menganjurkan kursus tesebut kepada 60 orang pengetua daripada enam puluh buah sekolah menengah di negeri ini. Majlis perasmian kursus telah disempurnakan Yang Berusaha Tn. Haji Zahari b. Daud, Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan sebentar tadi.. Esok para pengetua akan mengikuti ceramah Pengurusan Tatatertib oleh Cik Mas Ayu S.Asma Hani dari Bahagian Pegurusan Sumber Manusia, KPM, Rasuah Dalam Perkhidmatan Awam, Tn. Hj. Abdul Rahim b. Muhamad, Timbalan Pengarah SPRM Kelantan serta ceramah Intergriti daripada Dr. Adnan b. Mat Junoh, Timbalan Dekan Fakulti Kepimpinan Pengurusan USIM. Selain itu para pengetua akan terlibat dengan aktiviti latihan dalam kumpulan dan pembentangan serta perbicangan.
No comments:
Post a Comment