Saturday, November 24, 2012

KUCHA ASYURA PERDANA.

Sempena Program  Himpunan Permuafakatan Rakan Padu Negeri Kelantan  & Kucha Asyura Perdana 2012, MPSM Cawangan Kelantan turut terlibat dengan memasak sekawah bubur asyura. Majlis dirasmikan Yang Berhormat Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia bertempat di Rural Transformation Centre (RTC)  petang kelmarin.
       Yang Amat Berusaha Tuan Haji Hussain Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan dan Yang Berusaha Tuan Haji Zahari Daud, Timbalan  Pengarah Pelajaran Kelantan turut hadir melawat  ke meja dan "dapur" MPSM sewaktu pengetua-pengetua memasak bubur tersebut.
        Program ini dianjurkan Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional Negeri Kelantan & Kawasan Rukun Tetangga Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),Wilayah Timur serta "Rakan Padu"  KPNTN/KRT/SRS Negeri Kelantan.


























No comments:

Post a Comment