Monday, November 29, 2010

Mesyuarat Agung MPSM Kelantan


Ucapan Tuan Haji Husin b Awang Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan.

1. Beliau mengucapkan tahniah kepada MPSMKelantan yang telah berjaya menganjurkan PKPSM peringkat kebangsaan dengan jayanya pada 22-24.6.2010

2. Memuji PKPSM cukup bertuah kerana persatuan ini menjaga kebajikan ahli-ahlinya
3. Berterima kasih kepada YDP yang akan bersara pada tahun ini dan atas khidmat cemerlang sepanjang perkhidmatan beliau.
4. Mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan PKPSM banyak membantu program JPN dari segi kewangan, penyediaan soalan, dan idea untuk meningkatkan profesionalisme Pengetua di negeri Kelantan.
5. Pada pertengahan tahun beliau banyak bercakap berkenaan dengan house-keeping di sekolah.
6. Hal ini demikian keranan musim peperiksaan datang lagi dan masa-masa terakhir dianggap sebagai masa kritikal.
7. Sebagai perbandingan dalam perlawanan bola sepak, masa ini dianggap masuk separuh masa kedua, jika acara relay 4X100, masa ini dianggap sebagai pelari terakhir akan memecut ke garis penamat.
8. Pada masa ini PMR ada 67 hari, SPM ada 115 hari, STPM ada 94 hari, STAM ada 80 hari.
9. Pengarah telah melontar beberapa soalan cepu emas:

Apakah target yang ingin kita capai?
Di manakah kita berada sekarang?
Bagaimanakah kita akan mengubah keadaan?
Adakah masa menunggu kita?
Adakah kita cukup bersedia?
Apakah halangan yang perlu kita atasi?
Adakah ramalan sotong yang bernama Paul betul pada kali ini?

A.Tindakan segera pemimpin sekolah perlu cawat kote dan bersingsing lengan untuk melaksanakan perkara berikut:

1. Wujud kesedaran semua pihak terhadap keadaan kritikal yang dihadapi sekarang.
2. Analisis dan menyemak headcount di sekolah masing-masing.
3. Kenal pasti masalah dan mengurus penyelesaiannya.
4. Tingkatkan kesedaran /kehadiran murid ke sekolah
5. Pengetua beri perhatian lebih untuk turun padang-membuat-pemantauan, perbincangan, dan membimbing orang bawahan.
6. Yang penting- kualiti program atau keberhasilannya.

B. Penghantaran surat dan dokumen ke PPD, JPN, KPM

1.Apa-apa isu berbangkit (akhbar) membuat laporan terus kepada JPN walaupun tidak diminta.
Pastikan laporan mengikut format.

C.Memberi komitmen dan bersungguh-sungguh bagi memastikan peningkatan disiplin, sahsiah, dan nilai murni dalam kalangan murid.

a.Laporan OSCC (One Stop Criciss Center)- ramai pelajar yg salah laku seksual-Apa tindakan tindakan kita?

b.Gejala ponteng kelas:
i.Buku kawalan kelas tidak berkesan
ii.Kad kebenaran keluar tidak digunakan/tidak berkesan

c.Tidak hadir ke sekolah
i.Kempen Jom ke Sekolah perlu berterusan
ii.Agenda dalam bilik darjah perlu kondusif, seronok, dan menarik.

d.Gunakan instrumen KPI di sekolah-pengurusan, HEM, kepuasan pelangan dll.
e.Semua guru perlu prihatin dan peka dalam semua hal di sekolah.
f. Amalan nilai murni dalam kalangan pelajar perlu dipupuk.

10..Persaraan beberapa orang Pengetua Cemerlang
a.Kesukaran mencari pengganti yang berwibawa
b.Perlu ada plan penggantian pemimpin -bermula di peringkat sekolah
c.Coaching and mentoring di setiap peringkat di sekolah
d.Serlahkan dan tonjolkan kehebatan PK
e. Memberi markah prestasi yang adil
f.Borang tapisan yang menunjukkan justifikasi yang benar.


11..Laporan Bahagian Audit Dalam, KPM

a.Kontrak kawalan keselamatan
b.Kontrak membersih dan mencuci kawasan

Pengetua bertanggungjawab memastikan kotraktor menjalankan tugas dengan sempurna- jika tidak puas hati, pengetua jangan memberi rekomen prestasi yang cemerlang.

Penutup.

Pengetua perlu ada sense of awareness di sekolah. Moga kita dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang, mengurus perubahan semasa dan menangani sebarang konflik dengan bijak dan berhemah.

No comments:

Post a Comment