
BERBAHAGIA DATO’ABD GHAFAR B MAHMUD
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA YANG BARU
1. Pelantikan ini sebagai amanah besar yang perlu saya pikul untuk negara, bangsa dan ibu bapa dari segenap pelosok tanah air yang mahukan anak-anak mereka mendapat didikan sempurna dari aspek jasmani dan rohani.
2. KPM akan berusaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaiannya. Dasar dan perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu dikemas kini .
3. Saya mahu melihat pelaksanaan sistem kualiti yang betul, integriti dimantapkan dan dipantau serta tindakan menangani kerenah birokrasi.
4. Saya berazam akan berusaha sedaya mungkin untuk memastikan pengurus serta pemimpin pendidikan diberi latihan pelbagai dimensi dari sudut ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini supaya berupaya menghadapi cabaran dan dugaan pada era pembangunan teknologi dan globalisasi kini.
5. Transformasi pendidikan amat penting sebagai perubahan terancang untuk meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum serta pembangunan sahsiah pelajar ke arah membina modal insan cemerlang secara holistik.
6. KPM yakin melalui transformasi pendidikan akan menghasilkan generasi Malaysia lebih matang dan bermutu menjelang 2020.
7. Saya pernah mengharungi jerih payah dan memahami pengorbanan sebagai seorang pendidik. Jadi, saya tetap tidak lupa meletakkan guru pada kedudukan yang istimewa. Kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan guru.
8. Saya akan memastikan proses penambaikan skim perkhidmatan perguruan dibuat utnuk memartabatkan profesion ini. Beliau memberi jaminan kebajikan guru tidak akan sesekali terpinggir.
9. Seseorang yang memilih profesion pendidik, perlu bertanggung jawab untuk mendidik. Guru harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepada mereka.Tranformasi perlu diiringi dengan perubahan strategi P&P dalam bilik darjah.
10. Pendidik harus mampu mewujudkan perubahan tingkah laku pelajar mengikut kehendak dan aspirasi negara, di samping mengekalkan corak kehidupan serta kebudayaan seperti dihasratkan dalam gagasan 1Malaysia.
-sedutan dari Berita Harian 23 November 2010
oleh Pengarang Buletin MPSM
No comments:
Post a Comment