Tuesday, July 7, 2009

AMANAT PERHIMPUNAN BULANAN

AMANAT PERHIMPUNAN BULANAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Pada : 5 MEI 2009

Tempat : PUSAT KONVESYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA


Bacaan doa
Ya Rahman. Kami menzahirkan ksyukuran ,limpahkan petunjuk- moga perhimpunan ini dredai Allah SWT. Tingkatkan martabat profesion perguruan .Hindarkan diri drp sifat malas ,tingkatkan ilmu, amal dan iman bagi memenuhi ekspektasi KPM . Kami pohon diberi kesihatan dan hindarkan drp segala bencana. Kami pohon kpd-Mu suburkanlah dan pereratkan persaudaraan demi pembangunan pendidikan Negara seterusnya kegemilangan Malaysia.
Tema Hari Guru: Guru Pembina Negara Bangsa.

Ucapan Aluan
Y Bhg Tan Sri Dr. Zulkurnanin Bin Hj Awang
Ketua Setiausaha KPM
1.Mengucapkan tahniah atas pelantikan sbg MP yg baru
2.Berasa yakin dgn pelantikan itu bagi menjayakan agenda pendidikan
3.Di bawah kpimpinan YAB MP Baru dapat meny ediakan pendidikan yg kreatif dan inovasi di bawah moto PM: Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.

Amanat Menteri Pelajaran yang baru, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin
1.Mengucapkan kesyukuran atas pelantikan MP-mengucapkan terima kasih yg memberi kerjasama selama ini bagi menjayakan agenda pembangunan pendidikan Negara dan berharap jalinan kerjasama dapat ditingkatkan pada masa hadapan bagi menjayakan dasar KPM.
2.Mengucapkan terima kasih kpd YAB PM atas kepercayaan yg diberikan sebagai MP yang baru.
3.Sesungguhnya wawasan pendidikan negara bukan shj untuk melahirkan kejayaan akademik malah melahirkan insan kamil yang mampu memacu negara ke tahap lebih cemerlang.
4.Pendidikan negara memerlukan inovasi bagi membangunkan sahsiah
5.Beliau yakin dengan kesungguhan dan komitmen warga KPM ,agenda pendidikan dapat Berjaya berada pada tahap yang lebih cemerlang.
6.MP dulu telah berjaya mlaksanakan dasar dan program PIPP 2006-2010
7.Tumpuan kini PIPP memberi penekanan khusus untuk melahirkan modal insan perkasa dan merapatkan jurang antara sekolah di bandar dan luar Bandar dan telah Berjaya melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
8.Sesuai dengan hasrat PM yang baru , pihak KPM perlu juga berkhidmat dengan mengutamakan rakyat.
9.Beliau mengajak seluruh warga KPM sama2 menggembleng tenaga mendokong misi kerajaan ,iaitu mengutamakan pencapaian yg akan dinilai oleh stalkholders, iaitu rakyat, ibu bapa,dan masyarakat.
Jika mereka berpuas hati dengan perkhidmatan kita , itu petanda kita telah Berjaya melaksanakan tugas..
10 Budaya pencapaian perlu diberi prhatian; kita perlu berusaha untuk meningkatkan keyakinan. Jadi,
KPI yg menekanan prestasi perlu dirangka dan dilaksanakan.
11.Pegawai KPM perlu bersama2 turun padang dan memahami denyut nadi mereka-apa yg diperlukan oleh bapa, guru,dan masyarakat dan membuat tindakan segera untuk membantu mereka.
12.Bertindaklah dgn cekap dan cepat dalam membuat keputusan jika tidak rakyat yg rugi
13.Tafsir Wal Asri- masa itu emas ,pengurusan masa dan membuat keputusan yg segera.
14.Tugas kita kini kian mencabar kerana kita mempunyai stakeholders yg ramai.
15.Jumlah penjawat awam kita sgt ramai.
16.Institusi penddkan menggalas tanggungjawab yg penting iaitu membina negara bangsa yg maju- dan memupuk semangat bersatu padu dlm kalangan rakyat.
17.kita memikul amanah yg berat ,iaitu mendidik anak bangsa.
18.Konsep Satu Malysia perlu diterjemahkana dlm sistem pendidikan-pastikan tidak terdapat golongan yg tercicir.
19.Krisis kewangan global telah memberi kesan kpd Malaysia- ktia bertuah kerana priority kpd bidang pendidikan tidak terjejas.
20. Semua projek KPM perlu dilaksanakan mengikut jadual
21.Mengucap syabas pegawai KPM berbelanja secara berhemat dan berjimat cermat
22.Tanamkan nilai integrity ,iaitu tidak rasuah- berkhidmatlah dgn ikhlas untuk kemajuan bangsa dan negara. Kita perlu saling bahu membahu dan bekerjasama dalam semua hal.
23.Pihak kerajaan sentiasa membela nasib guru, terutama dalam meingkatkan kerjaya guru-guru, selaras dengan hasrat untuk meningkatkan profesion perguruan.

No comments:

Post a Comment