Wednesday, August 14, 2013

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN KETUA SEKTOR, SPS JPN KELANTAN.

Khamis, 14 Ogos -Yang Dipertua MPSM Kelantan, Tn Hj  Mohd Fauzi Mamat mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Abd. Aziz B Abdullah, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Kelantan atas kehadiran beliau dalam mesyuarat jawatankuasa badan itu kelmarin.


Dalam majlis itu Tn. Hj. Abd. Aziz merakamkan ucapan terima kasih atas semua bentuk sumbangan yang telah diberikan MPSM kepada Jabatan Pendidikan Kelantan. Menurutnya, pihak jabatan sentiasa memandang penting sumbangan MPSM dan juga Majlis Guru Besar (MGB) sebagi rakan strategik membangunkan pelajaran di negeri Kelantan.

Dalam melaksanakan tugasnya dalam pengurusan sekolah, beliau sedia mendengar permasalahan yang berlaku di sekolah-sekolah, oleh itu beliau berharap para pengetua hendaklah sentiasa memaklumkan kepadanya dari masa ke masa segala masalah yang berlaku di sekolah. Semoga dengan itu semua masalah akan dapat diatasi.







No comments:

Post a Comment