YAB TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DI MAJLIS PERAYAAN HARI GURU KALI KE-41 16 MEI 2012 JAM 10.30 PAGI DI DEWAN JUBLI PERAK, KUALA KANGSAR, PERAK
1. Guru berinovasi ialah guru yang mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Mereka sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah dan pendekatan baru yang lebih berkesan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
2. Guru inovasi sentiasa menggunakan pelbagai kaedah dan cara untuk mengasah daya fikir, daya kreativiti, dan daya tahan murid dan seterusnya menjadikan mereka insan yang berdaya saing dan berakhlak mulia. Di samping melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif dan berketrampilan akan tercapai.
3. KPM telah bekerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) untuk membudayakan kemahiran berfikir melalui Program i-Think. Program ialah pendekatan baru yang sesuai diguna pakai oleh guru untuk meningkatkan pena’akulan dalam kalangan murid. Program ini telah dirintis di sepuluh buah nsekolah dan diharap dapat diperluas ke seluruh negara untuk meningkatkan kualiti P&P.
4. KPM dan KPT sedang merangka Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif untuk membudayakan inovasi dan kreativiti dalam kalangan murid. Melalui pelan ini sekolah bertindak sebagai agensi pelaksana yang menjalankan P&P secara kreatif bagi melahirkan nmodal insan yang inovatif.
5. KPM sedang menjalankan kajian rintis bagi penempatan Pembantu Tadbir N17 hingga Jun 2012 untuk melihat impak penempatan PT bagi mengurangkan beban tugas perkeranian guru.
6. Kenaikan pangkat secara time-based akan dilaksanakan. PPP Siswazah DG41 ke DG44 (8 tahun)
DG44 ke DG48(8 tahun), DG48 ke DG52 (6 tahun), DG52 ke DG54 (3 tahun). Jadi, seramai 390 orang guru telah dinaikkan ke Gred DG54, 676 orang ke Gred DG52, 3,938 orang ke Gred DG48, dan 19,805 orang ke Gred DG44.
7. Bagi melaksanakan semua urusan kenaikan pangkat PPP kerajaan telah memperuntukkan RM 934 juta, iaitu satu jumlah besar bagi membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal insane yang berpersonaliti unggul.
8. Guru perlu bertindak sebagai murabbi yang berperanan mendidik rohani, jasmani, akal dan emosi murid supaya mereka dapat menghayati dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Guru meggalas amanah yang amat mulia dalam memperbaharui dan memperbaiki kehidupan manusia.
9. Tajdid pendidikan akan terhasil apabila guru dapat membangun jiwa, membina akal dan membentuk akhlak manusia dengan asuhan ilmu dan adab mulia.
10. Terima kasih atas segala pengornbanan guru dalam menggals amanah mulia mendidik anak bangsa dan mengangkat martabat nusa.
No comments:
Post a Comment