Seminar berlansung seawal jam 2.00 petang pada 19 Jun bertempat di Dewan SMK Pangkal Meleret dengan ucap utama disampaikan oleh Yang Amat Berusaha Tn. Hj. Hussain Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan. Seramai 726 orang guru dari sepuluh buah sekolah menengah daerah Machang hadir dalam seminar tersebut.
Dalam ucap utamanya, Tn. Hj. Hussain Awang mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru di negeri Kelantan khususnya di daerah Machang kerana berjaya mempertingkatkan kecemerlangan pelajar dalam semua peringkat peperiksaan awam pada tahun 2011.Kejayaan di dalam meningkatkan peratus lulus, GPS dan peratus kecemerlangan individu pelajar membuktikan p d p guru berkesan di bilik darjah.
Beliau juga menyeru guru-guru sekolah menengah di daerah Machang supaya terus meningkatkan keberkesanan pengajaran di bilik darjah sejajar dengan insentif dan keperihatinan kerajaan menjaga kebajikan para guru sekelian. Para guru harus bersyukur dengan menikmati kenaikan gaji serta kemudahan kenaikan pangkat secara timebase tanpa menunggu lama dalam perkhidmatan mereka.
Seminar ini turut didedahkan dengan program transformasi kerajaan yang disampaikan oleh penceramah dari Biro Tatanegara Cawangan Kelantan En Muhamad Nata Muhamad serta ucapan daripada Yang Berbahagia Datuk Hj. Ahmad Jazlan Dato Hj. Yaakub, Ketua UMNO Bahagian Machang yang turut mengupas dasar-dasar kerajaan dalam memberi kebajikan kepada rakyat serta guru-guru.
Seminar ini turut dihadiri Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kelantan, Tn Hj. Abd. Aziz Abdullah dan Pegawai Pelajaran Daerah Machang, Tn Hj. Nasir Yussof.
No comments:
Post a Comment