Tuesday, April 26, 2016

KEMBARA MPSM CAWANGAN KELANTAN

23 Mac 2016 - MPSM Kelantan menganjurkannya bertempat di SMK Machang. Program julung kali diuruskan bersama MPSM Daerah Machang.Perasmian ktiviti ini disempurnakan Tn. Hj. Abdullah Mat, Ketua Sektor Jaminan Kualiti, JPN Kelantan, turut hadir dalam majlis ini En. Arazmi Seman, PPD Daerah Machang.

Dalam ucapan aluan-aluan YDP MPSM Kelantan Tn. Hj. Fauzi Mamat menyatakan tujuan program ini diadakan untuk  mendekatkan MPSM di kalangan masyarakat. Pada kali ini dua aktiviti utama diadakan, pertama ceramah motivasi untuk pelajar Tingkatan Enam seluruh Machang dan lawatan ke Pusat Pemulihan Akhlak di daerah yang sama. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada En Rohzaini Mohd Zain selaku YDP MPSM Daerah Machang kerana berjaya menganjurkan program ini.

Tn. Hj. Abdul Halim Che Hasan , Pengetua SMK Sultan Ibrahim 1 Pasir Mas mendedahkan kunci kejayan sekolahnya dalam peperiksaan STPM 2015 sehingga muncul antara sekolah terbaik di negara ini. Sesi ceramah ini dilansungkan di SMK Machang.

Semasa di Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Pengarah Penjara negeri Kelantan berasa kagum dengan lawatan rombongan 50 orang pengetua Kelantan kerana julung kali lawatan seperti ini dibuat oleh pengetua negeri ini. Di dalam taklimatnya, beliau menjelaskan peranan, aktiviti yang dijalankan di pusat berkenaan. Kemudian rombongan dibawa melawat untuk melihat aktiviti banduan yang ditahan di pusat berkenaan.











1 comment:

  1. Tiểu buốt là một trong những triệu chứng điển hình của các bệnh viêm nhiễm nam khoa nguy hiểm như viêm niệu đạo, viêm đường tiết niệu, viêm bàng quang,...chứng bệnh này cần được điều trị sớm tránh gây ảnh hưởng xấu đến cuộc sống và sức khỏe của người bệnh.

    ReplyDelete