Monday, January 16, 2012

AMANAT YDP MPSM KELANTAN 2012


Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)-untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapkah antara kamu yang lebih baik amalnya: dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat’  Al-Mulk- 2

       Saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa dan ahli MPSM kerana telah berjaya melaksanakan semua program MPSM tahun lepas dengan jayanya.. Tahun ini,  Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)  telah dilaksanakan melalui lima inisiatif, iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif. Sebagai penjawat awam kita perlu banyak bersyukur atas segala nikmat Allah dan pihak kerajaan atas inisiatif dan insentif ini. Semoga transformasi perkhidmatan awam ini dapat meningkatkan produktiviti dan inovasi guru-guru. Di samping itu, guru-guru dapat dipupuk budaya ketepatan masa dan berprestasi tinggi, iaitu sentiasa bersegera, cekap, dan mesra pelanggan. Falsafah daripada tranformasi ini, sudah pasti akan mewujudkan kelestarian perkhidmatan awam.
       Sebagai guru pada zaman yang mencabar ini, kita perlu berazam dan berusaha sedaya mungkin bagi menghadapi apa yang sebut sebagai Generasi Y, iaitu generasi yang 90% mempunyai komputer riba, 82% memiliki telefon bimbit, menerima atau menghantar SMS. Mereka menghabiskan masa berhubung secara online daripada menonton televisyen. Mereka bersifat individualistik, yakin, bercita-cita tinggi, terbuka, global, bebas, dan kaya dengan pelbagai maklumat. Keadaan sudah pasti tugas guru semakin berat dan kompleks. Jadi, guru harus mengharungi zaman ini dengan bijak dan berhikmah.
“It’s not the strongest of the species that survives,nor the most intelligent, but the one most responsive to change.” Darwin.
      Guru harus menyahut dan merealisasikan transformasi dalam pendidikan. Apabila kita menyebut institusi sekolah, kita tidak boleh lari daripada mempersoal tentang peranan guru dan murid. Jadi, mengurus perubahan harus bermula di bilik darjah. Tranformasi perlu diiringi dengan perubahan strategi P&P dalam bilik darjah. Sejauh mana murid faham dan seronok belajar? Guru juga harus memupuk dan menjana perubahan sikap dan tingkah laku pelajar mengikut kehendak dan aspirasi negara. Akhirnya kita ingin melahirkan murid  sebagai Modal insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, berpersonaliti unggul, kemahiran berfikir tahap tinggi dan mengamalkan budaya tinggi. Hal ini demikian kerana, ‘There is no magic formula for improving school system performance : requires repeated practice and learning. Will power, discipline and persistence are required for school system reform’.
      Guru yang berkualiti harus mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah, mengendalikan konflik, berfikir di luar kotak, kreatif dan inovatif. Dia perlu bersikap terbuka, positif, adil, amanah, jujur dan berani mengambil risiko. Guru juga perlu mempunyai hubungan yang luas, di peringkat nasional dan global. Mereka juga perlu mempunyai pengetahuan tentang ICT dan membuat kajian tindakan. Selain itu, guru perlu bersikap positif, optimis dan memaparkan emosi yang tenang, guru yang tabah mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja.   Guru harus mengelakkan diri daripada menghadapi Sindrom Kompetensi Terbiar (Unproductive Competency Syndrome), iaitu wujudnya jurang yang luas antara pemimpin dengan pengikut.
                         Saya berharap  dalam era trasformasi ini, kita dapat melaksanakan  prinsip kerja X-plus untuk memaksimumkan impak penyampaian perkhidmatan dalam bentuk keberhasilan kerja aras cemerlang (excellence) berteraskan pengetahuan, latihan usaha dan semangat berpasukan.  Akhirnya, mereka dapat bekerja dengan kreatif, inovatif dan berkesan dalam kerangka nilai, piagam, wawasan, matlamat dan objektif yang disepati bersama. Pendidikan berkualiti mesti dapat diakses oleh semua untuk membangunkan modal insan yang holistik..   Jadi, guru  sekolah mempunyai impak yang tinggi ke atas pencapaian murid. 
The improvement journey can never be over. Achieving and sustaining a school system’s progress is very hard work and we must keep on in order to continue to move forward.

                “Bersama Menyerlahkan Transformasi MPSM 2012”


Mohd Fauzi Mamat
YDP MPSM


No comments:

Post a Comment