
YAB TAN SRI DATO' HJ.MUHYIDDIN B MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
PERASMIAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA KE-50 DI HOTEL GRAND DORSETT SUBANG, SUBANG JAYA, SELANGOR.
KEPIMPINAN HOLISTIK MENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.
1. Sudah sampai masanya institusi pendidikan khususnya sekolah mempunyai elemen organisasi berkeupayaan (organization’s capacity) ,iaitu sekolah berupaya melonjakkan kecemerlangannya dengan mengoptimumkan segala sumber yang dimilikinya tanpa terlalu bergantung harap atau pertolongan mana-mana pihak.
2. Pemimpin sekolah tidak boleh berfikiran secara statik kerana situasi kini memerlukan corak pemikiran dan tindakan yang berbeza. Pemimpin sekolah seharusnya mempunyaio sensitiviti yang tinggi, beruapaya memimpin organisasi, mampu nmenganalisis masalah dan membuat pertimbangan secara profesional, mementingkan nilai moral, dan mepamerkan kualiti-kualiti kotemporari, barulah dikira mampu membawa perubahan yang signifikan kepada organisasi.
3. Proses melengkapkan dan membaiki potensi dan kemenjadian murid sepatutnya dilakukan sepanjang masa di sekolah. Dalam konteks ini, aspek pengajaran dan pembelajaran serta pemantauan seharusnya menjadi tugas utama bagi setiap pimpinan sekolah. Jika diberikan perhatian bersungguh-sungguh terhadap aspek kualiti pengjaran dan pembelajaran, maka masalah keciciran akademik dan moral dalam kalangan pelajar tidak akan dapat diatasi dan secara tidak langsung boleh mencetuskan masalah sosial dalam masyarakat.
4. Pengetua sewajarnya mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi ahli-ahli pasukannya melaksanakan tugas-tugas dan amanah yang diberikan dengtan ikhlas dan dedikasi demi kecemerlangan organisasi yang dipimpinnya. Malah, mereka seharusnya bertindak sebagai penyelesai masalah dan bukan kepada penyumbang masalah.
5. Oleh sebab itu, Islam telah meletakkan kepimpinan sebagai taklif
(kebertanggungjawaban) bukan tashrif (kemuliaan) kerana kepimpinan menjadi tanggungjawab dan amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT tentang pelaksanaannya dan dituntut untuk dilaksanakan sebaik mungkin.
6. Budaya kreatif dan inovatif, berointegriti tinggi, semangat kerja berpasukan dan komitmen yang tinggi adalah nilai yang perlu ada dalam setiap pemimipin sekolah dan harus dipupuk dalam kalangan warga sekolah dengan dimulai oleh kepimpinan sekolah itu sendiri.
7. Penerapan budaya positif seperti budaya iltizam dan istiqamah harus menjadi tonggak utama untuk mencapai kecemerlangan organisasi. Budaya seperti ini seharusnya dipupuk dan hadir dari kesedaran hatri dan sanubari seseorang dan bukannya desakan atau asakan mana-mana pihak. Oleh itu, kewajaran memupuk budaya ini dalam organisasi adalah merupakan satu kebertanggunjawaban pemimpin sekolah. Hal ini demikian kerana budaya tersebut akan dapat menzahirkan ciri-ciri suka kepada pekerjannya, bersedia memberi komitmen yang tinggi dalam tugas, memiliki ilmu mengenai kerjanya, memiliki kehiran, mempunyai kepercayaan dan keyakinan agar tugasan yang dilaksanakan sentiasa mencapai tahap kualiti yang dikehendaki.
8. Perjumpaan seperti ini boleh menjadi platform untuk berbincang dan melakukan penilaian kritikal terhadap proses pendidikan negara bagi memenuhi kehendak masyarakat dan negara. Marlah kita bersama-sama berganding bahu merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan pendidkan negara sebagai wahana kesatuan dan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu tuan-tuan dan puan-puan sebagai agen pelaksana utama.
No comments:
Post a Comment