Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Alhamdulillah, syukur kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Kelantan telah berjaya menerbitkan Buletin MPSM 2010.
Penerbitan buletin ini amat penting untuk memaparkan maklumat dan aktiviti MPSM sepanjang tahun. Antara aktiviti yang menjadi agenda utama MPSM ialah menggubal dan mencetak kertas peperiksaan, mencetak buku persediaan mengajar, buku kedatangan, mengadakan hari profesional pengetua, menerbitkan jurnal dan buletin, mengadakan lawatan ke luar negara, menjaga kebajikan ahli seperti memberi sagu hati kepada pengetua bersara, sakit, dan meninggal dunia dll.Peranan dan tugas kita sebagai pemimpin pendidikan amat mencabar. Apa tah lagi kita berada dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan dan dan ledakan teknologi maklumat. Sudah tentu pemimpin sekolah perlu sentiasa proaktif dan bersedia melengkapkan diri dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi selaras dengan situasi semasa. Jadi, program profesional pengetua yang diadakan perlu diambil kesempatan untuk kita berkongsi amalan-amalan terbaik dan mempelbagai stail kepimpinan sejajar dengan keperluan dan cabaran terkini.
Pengalaman dan keberkesanan kepimpinan sekolah yang berjaya boleh dijadikan panduan untuk terus kita melakukan lonjakan bagi memastikan sekolah kita meningkat dengan cemerlang.
Oleh itu, penambahbaikan dan prestasi kemajuan sekolah perlu diberi keutamaan dalam pentadbiran pemimpin sekolah. Kita perlu berusaha untuk menjalankan tugas lebih daripada kebiasaan. Impaknya, sudah pasti warga sekolah akan berasa bangga kerana mempunyai pemimpin sekolah yang hebat. Jadi, budaya kerja berimpak tinggi dalam sesebuah organisasi amat penting dan perlu dipupuk .
Marilah kita bersama-sama menyelesaikan segala kemelut yang boleh mencacatkan kecemerlangan sekolah kita. Semoga bidang pendidikan negara menjadi pemangkin untuk melahirkan modal insan yang holistik. Diharapkan penerbitan buletin ini menjadi koleksi dan bahan rujukan pengetua sebagai pemimpin sekolah.
Sekian, terima kasih.
Sahiful Bahari Abd Rahman/ sahiful_bahari@yahoo.com
Biro Penerbitan MPSM Kelantan.

No comments:
Post a Comment