Sebelum itu aku belum tahu apa itu PKPSM sehinggalah dipelawa menjadi panel membina soalan Geografi Tingkatan 4 pada tahun 1986. Aku mengetahui PKPSM hanya buat dan jual soalan ke sekolah-sekolah sahaja. Hujung tahun dihadiahkan sebuah beg berzip sebagai penghargaan, itupun dah rasa dihargai.
PKPSM semakinku kenali bila ku perhatikan tugas-tugas Pengetuaku yang begitu sibuk, hmm sibuk semacam dan aku diminta membantunya sekali sekala, lebih-lebih lagi bilaku tahu Kelantan sebagai tuan rumah Persidangan peringkat Kebangsaan. KUperhatikan tugas-tugas yang dijalankan amat sistematik sekali. Aku rasa teruja bila bertemu beberapa orang Pengetua yangku kenali datang bermesyuarat di SMS Tengku Muhammad Faris Petra. Mulai itu aku memasang angan-angan agar suatu hari nanti aku pasti dapat mendudukki kerusi PKPSM.
Aku membuka lembaran abad ke 21 sebagai ahli PKPSM bila memimpin SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas. Ucapan tahniah mencurah-curah, wakil daerah Pasir Mas-Tumpat, Pn. Hjh Wan Karimah(Kak Wan) jemputku hadir satu majlis di SIC. Disini kutemui ramai kawan dan merasa berada di kemuncak dunia bila diperkenalkan kepada hadirin oleh YDP waktu itu, Hj. Zahari Jusoh. Aku terpinga-pinga bila Kak Wan mempelawaku menyertai rombongan ke Turki, ku menolak kerana belum bersedia. Kurasa dihormati lagi bila Kak Wan menyenaraikan namaku ke Persidangan Pengetua Kebangsaan di Seremban pada tahun 2001, disiniku temui ramai kawan lama dan kawan baru seperjawatan.
Pertukaranku ke SMK Abdul Samad, Pulau Chondong, Machang pada 1.3.2002 mendekatkan aku dengan PKPSM. Aku dipilih sebagai wakil daerah Machang, mendudukki kerusi AJK negeri dan diberi peranan Ketua Biro Profesional dan Penolong Setiausaha 2. Tahun 2006 YDP En. Wan Hamzah mengundur diri kerana dilantik sebagai NYDP PKPSM Kebangsaan, digantikan dengan Wan Mansor, aku dilantik sebagai Setiausaha Kehormat(SU), satu jawatan yang amat mencabar bertaraf EXCO.
Selain itu ditambah pula dengan Penyelaras Peperiksaan Ting. 4 dan Pengerusi panel bagi Geografi PMR. Satu ketika aku diminta oleh YDP untuk menjadi Pengacara majlis secara bidan terjun disamping memimpin bacaan doa sekali gus. Peristiwa agak lucu bila aku memulakan majlis dengan kalimah Allah semua hadirin menadah tangan dan aku menjemput diriku untuk memimpin bacaan doa, lamalah mereka menadah tangan. Bermula detik inilah aku dikenali sebagai MC dan tukang baca doa dan pernah ke Persidangan Kebangsaan! Aku melantik diriku sebagai jurugambar amatur dan "publish" lamanweb ini bersama Penolong Setiausaha Hj. Sahiful Bahari.
Pertukaranku ke SMK Pak Badol pada 16 November 2008 tidak mengubah perananku dalam PKPSM, konsisten sahaja. Cabaran amat besar bila PKPSM Kelantan menjadi tuan rumah Persidangan ke 49 pada 22 - 24 Jun 2010, menghampiri tarikh persaraanku. Alhamdullilah amat berjaya sebagai host masing-masing memainkan peranannya. Tugas pengacaraan dan pemimpin doa ditugaskan kepada yang berbakat, rupa-rupanya Kelantan tidak tandus dengan Pengetua-Pengetua yang berbakat dan berpotensi. Pada tarikh 23 Julai 2010 aku bersara dengan seribu kesyukuran.
"JAWATAN PENGETUA BUKAN UNTUK MENCARI POPULARITI, IA ADALAH SATU AMANAH YANG AMAT BESAR"
"JANGANLAH KAMU MEMINTA-MINTA ATAU MELOBI-LOBI SESUATU JAWATAN NESCAYA KAMU AKAN GAGAL, SEKIRANYA KAMU DIBERI SESUATU AMANAH TERIMALAH NESCAYA ALLAH BERSAMA KAMU"
Sekian daripada
Hj. Mohd. Hamdi b. Awang
"JANGANLAH KAMU MEMINTA-MINTA ATAU MELOBI-LOBI SESUATU JAWATAN NESCAYA KAMU AKAN GAGAL, SEKIRANYA KAMU DIBERI SESUATU AMANAH TERIMALAH NESCAYA ALLAH BERSAMA KAMU"
Sekian daripada
Hj. Mohd. Hamdi b. Awang
No comments:
Post a Comment