Sunday, April 4, 2010

Ucapan Perasmian TPM Sempena Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Kelantan




YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin b. Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

Ucapan perasmian sempena Program Juara Rakyat Peingkat Negeri Kelantan.

1. Beliau mengzahirkan tahniah dan kesyukuran atas kehadiran 25,000 seluruh rakyat Kelantan yang memberikan sokongan padu kepada program ini.

2. Sokongan ini memberi satu kekuatan baru dan harapan yang tinggi kepada rakyat Kelantan yang inginkan perubahan.

3. Program juara rakyat merupakan suatu usaha kerajaan membela nasib rakyat.

4. Pihak kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak 7 bilion dalam RMKe- 9 bagi memajukan Negeri Kelantan walaupun kerajaan negeri di perintah oleh parti lain.

5. Rakyat harus bersyukur kerana pihak kerajaan telah memberi peruntukan besar demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat di seluruh pelosok negara.

6. Usaha itu merupakan komitmen berterusan pihak kerajaan untuk memajukan bidang pendidikan, keselamatan,ekonomi, kesihatan,sosial, pengangkutan, ICT dll di negara ini.

7. Pembangunan duniawi dan ukhrawi perlu berjalan seiring bagi memajukan umat islam.Ilmu fardhu Ain dan fardhu Kifayah perlu dituntut oleh setiap umat islam.

8. Melalui kemajuan ekonomi yang mantap,umat islam dapat menunaikan fardhu haji dan mengeluarkan zakat bagi membantu golongan miskin

9. Negeri Kelantan terkenal dengan gelaran serambi Mekah perlu berubah sikap dan majukan ekonomi agar kehidupan rakyat yang miskin tegar dapat meningkatkan taraf hidup mereka

10. Orang Kelantan yang sememangnya terkenal dalam bidang perniagaan perlu majukan lagi bidang keusahawanan yang lebih berskala besar.

11. Kepimpinan negara telah memberi mesej jelas untuk membawa negara maju 2020, jadi rakyat perlu memberi sokongan padu dan kerjasama sepenuhnya bagi mencapai hasrat yang murni ini.

No comments:

Post a Comment