
Ucapan alu-aluan oleh YDP PKPSM Kelantan

Ucapan oleh YB Dato' Seri Mustapha
Mohamed, Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industeri.

Kehadiran semua Pengetua Kelantan termasuk Mudir-Mudir SMUA Bantuan Kerajaan(SABK)

Perbincangan antara YB Dato' Pa dengan
Pengarah JPN Kelantan dan AJK PKPSM Kelantan

Ucapan Pengarah Pelajaran Kelantan
Pada 1 Feb.2010 bertempat di Sutera Inn, Kota Bharu, PKPSM telah mengadakan perjumpaan di atas dengan YB Dato' Seri Mustapha b. Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP PKPSM Kelantan, YABrs Pengarah Pelajaran Kelantan dan ucapan YB Dato' Pa. YB Dato' menekan 3 perkara utama:
1. Kepentingan menepati masa(importance of punctuality)
2. Jangan sekali kali memburukkan pemimpin dan negara di luar negara.
3. Membela dan menepis tohmahan beliau yang telah dicap sebagai pengkhianat rakyat Kelantan kerana isu royalti minyak dan wang ihsan.
Selepas makan tengah hari YB Dato' berkenan menemui AJK PKPSM Kelantan dan bersetuju membantu bagi menjayakan Persidangan Pengetua-Pengetua Sekolah Malaysia yang akan diadakan di Kota Bharu pada 21 hingga 24 Jun 2010.
No comments:
Post a Comment